Pengorbanan ibu bapa sesungguhnya memang besar dalam membesarkan, mendidik, dan menjaga anak-anak mereka. Saya sendiri dapat melihat bagaimana susah payah ibu bapa saya berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk memelihara keluarga kami. Kami bukan dari keluarga yang berada oleh itu ibu bapa saya sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan dalam keluarga kami. Ibu bapa kami juga sangat ambil berat terhadap kami adik-beradik contoh berkaitan dengan pendidikan dan keperluan kami sentiasa diutamakan dari keperluan mereka sendiri. Ibu bapa saya juga sangat tegas dalam mendidik kami adik-beradik supaya tidak tejerumus dalam gejala sosial yang tidak menpunyai faedah langsung kepada diri sendiri. Ibu dan ayah selalu berpesan supaya tidak bergaul dengan orang yang tidak betul kerana bergaul dengan orang yang tidak betul akan menjejaskan masa depan sendiri. Ibu dan ayah juga selalu bertanya sama ada mahu masa depn cerah ke gelap. Jika memilih masa depan yang cerah maka belajar rajin-rajin,dengar cakap orang tua dan guru, rajin menolong orang tua dan menpunyai sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Aku mula memahami pengorbanan ibu dan ayah masa aku habis tingkatan 1. Dalam pada itu, ayah aku hanya seorang buruh kasar dan ibu aku pula jadi supervisor di sebuah company. Dari itu saya dan adik-adik mula berdikari sendiri supaya tidak menyusahkan mereka berdua. Kami sering menolong melalukan kerja-kerja rumah, cuci kereta ayah, masak untuk mereka jika mereka balik kerja petang. Masak untuk mak dengan ayah kerana kelas hanya pagi sahaja dan waktu petang boleh masak untuk mereka kerana kesiankan mereka telah bekerja untuk memelihara keluarga kami. Kadang-kadang ibu yang masak tapi semenjak akhir-akhir ini adik perempuan saya yang menggantikan nya kerana adik saya dah berumur 15 tahun dan mampu melakukan kerja rumah seperti suri rumah lakukan. Tanggungjawab Ibu bapa saya semakin berat semenjak kami semua masuk alam sekolah menengah kerana kos pembelajaran semua menelan kos yang tinggi lebih-lebih lagi jika membeli buku latihan dan membeli buku rujukan untuk kami semua. Kami adik beradik ada 4 orang smua umur jarak 1 tahun. Seterusnya, ketika saya masuk UTM masuk Diploma(course accounting), adik saya kedua masuk Kolej Vokasional(course Kimpalan), adik yang ketiga masuk Tingkatan 5, dan satu-satunya adik perempuan masuk tingkatan 3. Tanggungjawab ibu bapa saya lagi besar kerana dalam pada itu kami adik beradik sama-sama menggunakan kos yang sangat besar dari segi pembiayaan sekolah. Dari itu, saya mula berjimat dalam kos belanja saya supaya kami dapat menggunakan apa yang ada untuk survive dalam kehidupan ini. Sebagai pelajar accounting juga saya juga boleh mengatur saya punya budget tiap bulan saya. Disebabkan tiada elaun belajar kerana PTPTN pun cun-cun untuk bayar semester sahaja,maka semua belanja harian Ibu dan Ayah yang kirim. Hidup tanpa keluarga memang susah kerana makan dan minum diri sendiri yang kena tanggung. Terus -terang saya dalam hostel memang jarang masak ikut pelajar lain masak kerana dapur memang sesak penuh dengan student kongsi dapur untuk masak. Dari itu, saya dengan kawan hanya lebih suka untuk memilih makan di kedai makan sahaja. Lagi pun kos makan di kedai dan memasak sendiri pun lebih kurang sahaja beza dia. Kehidupan tinggal di hostel ada kala bestnya ada kala bosannya. hahahahaa. Yang best tinggal di hostel ni kita akan mendapat banyak kawan dan banyak kenalan yang datang dari tempat yang berbeza dan bangsa yang berbeza. yang tak best nya bila waktu semua ada class then tinggal seorang-sorang kt bilik sebab tak ada class. Macam sem ni saya tak ada class hari Isnin dan ahli dalam bilik ada class hari isnin. to be continue....